Friday, 22 February 2013
Sahabat sejati membawa ke syurga
ASSALAMUALAIKUM :) jangan lupa jawab salam nah. dapat pahala banyak dari orang yang bagi salam hihi.
Di sini, aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada kawan kawan aku yang selama ini telah banyak menolong aku tak kira lah apa jua bentuk pertolongan dia. aku appreciate sangat sangat. itulah gunanya sahabat, saling bantu membantu antara satu sama lain kan kan *kenyit mata sebelah*.
Tiba tiba rasa nak nyanyi untuk hampa semua yang bergelar sahabat. terimalah ceng ceng ceng
ehem ehem
kau ada di kala ku suka
di kala ku duka
setiap tangisan dan juga ketawa
kau ada di kala ku perlu
setia menemaniku
pegang erat tanganku bila aku jatuh~
rangkap pertama dah la, jenuh aku nak menaip nanti
Pertama-tama sekali aku nak ucap terima kasih kepada Nur Mirza Bte Malek Feroz. nak tau kenapa? sebab dia la yang telah menyebabkan aku memiliki sebuah eh selaman ah apa apa jelah 'belog' yang comei lotee macam dia hahaha. orang tanya aku "eh ika, macam mana hang edit blog jadi lawa?" aku jawab "mirza yang tolong aku edit :D". berkat kesabaran dia tunjuk ajar dekat aku, maka terhasillah satu blog yang cun melecun macam tuan blog ni. eh poyo ja. ok dak dak tipu ja. boleh dikatakan 70 peratus blog ni dia yang buat. eh tapi aku ada buat jugak ok. mai kat aku 30 peratus jadi la haha ok mirza? :p. anyway, inilah hasilnya, ada 'reben' dengan 'mustache'. hat tu yang mahai tu. saya suka saya suka *ajuk mei mei dalam cerita upin ipin* kiss sikit dekat mirza :* hahaha thankyou tau.
Yang kedua, aku nak ucap terima kasih buat Nurul Nabilah Binti Zulkiflee kerana berkat kerja keras dia semalam mengajar aku cara nak printscreen. haha kesian kat aku kan, baru nak tau. orang lain dah berkurun dah tau, aku ni baru nak kenai dok merangkak lagi. takpa, biar lambat asal dapat juga ilmu yang berguna insyaAllah. semalam dengan nyamuk lah, dengan bateri nak habis dah la banyak betoi dugaan. tengah dok syok gosip dengan nabilah tentang 'crush' aku hihihi. nabilah hang diam tau! tetiba aku suruh dia ajar dan dia sanggup tinggalkan gosip tu sat semata mata nak ajar aku wahahaha lebih lebih ja aku ni. dia dah bagi aku link dah suruh tengok cara cara nak buat printscreen tu tapi aku try tak jadi pun. aku ni jenis kena ada orang ajar jugak baru nak faham. well, aku ni lembab sikit kalau pasal mencuba benda yang baru ni. last last boleh pun printscreen and aku muka teruja gila. lepas dah dapat buat tu sambung balik gosip dengan nabilah tentang 'crush' hahaha. gosip kami berlanjutan sampai la bateri netbook ni nyawa nyawa ikan dah. cerita pasai 'crush' tu sikit sikit dah la dalam blog ni. satgi kantoi dengan orang lain pulak. cukup cukup la aku kantoi dengan nabilah sorang. kan nabilah kan haha. serik dah cek oii. nabilah bahaya. aku ulang "NABILAH BAHAYA". kalau hampa takmau kantoi hampa kena berjaga jaga dengan dia sebab dia kata kat aku dia ada instinct yang kuat. hat lebih seramnya, dia stalker orang sampai lebam sampai jumpa bahan bukti. tepuk tangan sikit dekat nabilah * pap pap pap * bunyi latar ~krik krik krik.
Inilah hasil pertama dari printscreen tu :) suka suka
Di akhir kesempatan ini, aku nak mohon maaf sangat sangat kalau aku ada ter'mengata' hampa nah nah. Nabi sendiri pun ampunkan umatnya, takkan hampa takmau ampunkan aku ni hihi. saja buat cuak hampa. ok see you again. END story *tagline aku* tagline nabilah yang ni *xoxo* hahaha betoi dak nabilah. done. Assalamualaikum :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment