muzics


Saturday, 2 March 2013

Alahaiiii Harry


Assalamualaikum, hai hai :)

Harap harap semua yang baca blog aku ni sihat walafiat la noh.

Aku nak share dengan hampa semua berita mengenai jejaka terhangat 2013 ni yang bernama Harry. bukan Harry Potter tapi Harry Styles (1D) a.k.a ex Taylor Swift. bukan apa, ada cerita yang kesian dan lawak dengan dia ni. kalau hampa dah tau baguslah.



       see comelkan dia. dengan rambut kerinting dan aku baru perasan dia ada lesung pipit. lagi laaaaa nampak dia comel. eh aku tak minat dia sangat pun. boleh laaa, biasa biasa jaaa hm.

Harry oh Harry!

Ceritanya macam ni..............jeng jeng jeng

Aku pun tak ingat hahahahaha semua kena tipu! :p





Takdalah, ingat aku jahat sangat ka nak menipu hampa macam ni hihi. chill

Ok macam ni....

"BAHANA MINTA KASUT" <---------tajuk dia

Harry styles sudah biasa dihujani limpahan hadiah, tetapi haritu dia mengalami insiden buruk. Seorang peminat membaling sebelah kasut ke atas pentas ketika konsert di Glasgow, Scotland kemudian Harry tanya "awat hang baling sebelah jaa woiii? sebelah lagi mana!?". Pastu peminat pun baling la hat sebelah lagi kasut dan TERkena celah kelangkangnya. Alahaiiii. Penyanyi berusia 19 tahun tu dilihat memegang bahagian kemaluannya sebelum rebah di pentas dengan anggota ID yang lain iaitu Liam Payne dan Zayn Malik bergegas ke arahnya.

Namun selepas melaungkan "Man down!" setelah menyaksikan insiden itu, anggota kumpulan itu segera memastikan kepada penonton bahawa Styles dalam keadaan baik. Dan Styles berupaya bangun dan meneruskan persembahan.



Penyanyi itu dilihat meluru dan mengeliat  bagi memastikan semuanya baik sebelum dia meneruskan persembahan dengan anggota yang lain ketika konsert jelajah Take Me Home mereka.

Sementara kasut menjadi hadiah paling luar biasa dibaling ke pentas. Ia adalah hadiah paling pelik yang diterima kumpulan itu setakat ini.



MORAL OF THE STORY:
1. Jangan suka suka hati ja suruh peminat baling hadiah yang taktau apa hadiah yang bakal kita terima. nasib      baik peminat tak baling tong gas, tidak naya kena dok ward 3 hari 2 malam.
2. Peminat diharapkan dapat bersikap lebih rasional dengan membaling hadiah yang dijamin keselamatannya dan dicop "SIRIM".
3. Jangan pandang rendah dengan keupayaan peminat untuk membaling tepat ke sasaran yang mereka kehendaki hahaha (faham faham sendiri la noh).

Panjang umur Harry Styles



Akhir kata, saya nak minta maaf dekat Harry Styles kerana menyiarkan cerita ini tanpa mendapat kelulusan. Bukan apa, setiap cerita ada mesej yang hendak saya sampaikan. Apa apa pun, diharap selepas ini, Harry dengan yang lain lain hati hati la nah kalau takmau jammed angry bird hampa. END story! Wassalam

No comments:

Post a Comment