muzics


Sunday 10 March 2013

ABCD ~ ais batu campur durian


Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum w.b.t

Harini dok rasa macam nak buat diari la pulak. takpa, teruskan niat itu dengan mulakan sekarang.


Jumaat, 10.30 a.m:

Waktu ni, aku dah bersiap siap untuk ke nat tok jalai. pi dengan kak aku naik motor merah yang besar tu. kononnya nak rasmi motor yang baru keluar dari wad dengan along haha. pi pun dah lewat dah. pukoi 10.30 pagi. orang pakat balik, kami dua, eh tiga orang sebenarnya. budak kecik tu dia nak ikut jugak, sarah a.k.a. baby. sambung cerita yang terbengkalai tadi, orang pakat nak balik kami pakat nak pi. tudia tudia teruknya perangai. biasa lah, sebenarnya tak rancang pun. kami bangun awai sebenarnya cehh. tiba tiba along kata "ika, jum pi nat". aku apa lagi, on jelah. dah lama tak naik motor dengan along hihi. nak lepas rindu sat.

Mama dah pesan banyak barang suruh kami beli. takda la banyak sangat pun. tak payah la cerita kena beli apa, satgi panjang pulak. lepas dah beli semua barang wajib tu, kami beli cendol untuk hilangkan rasa penat berjalan di bawah cahaya matahari. haus lagi. tekak ni dok minta makan macam macam ja.





Pastu balik rumah. tunggu apa lagi kat situ kan. petang tu pi beli belacan dekat rumah jiran. pastu waktu nak balik tu ada sorang makcik ni tanya aku "sekolah tingkatan berapa?" aku balas "dah habis spm". pastu makcik tu kata balik "laaaa, ingatkan baru tingkatan 2!". aku senyum jelah, takkan nak tunjuk syok kat situ pulak kan hahaha. satgi depa ingat aku gila.




malam tu along nak buat laksa sebab tu pagi tadi beli ikan temenung 4 kilo dekat nat. aku la yang kena tolong dia. kena perisi ikan, potong bawang, cabai, blender dan semua benda yang patut dibuat la untuk menyiapkan laksa. pastu siap jugak malam tu. alhamdulillah :')


Sabtu, 8.30 a.m:

Harini rasa macam pelik sikit sebab first time aku bangun awal. selalunya dalam pukoi 10 pagi hihihi. bangun, mandi pastu turun bawah pi tengok breakfast kat dapur. tapi sebelum makan apa apa, macam biasa kena makan colagen rumpai laut tu dulu. rasa dia macam yaikssss! tak payah cakap la. mama pagi pagi lagi keluar sebab ada kenduri belakang rumah dan mama pergi tolong (masuk pakat). pastu tunggu apa lagi, perangat kuah laksa, makan yummeh!



      gilaa sedap hahaha. jemput makan cik kak cik abang. saya makan dulu nah. burbbbb

kuah laksa semakin hari semakin sedap makin pekat makin piaww makin kaww hohoho. lepastu dalam pukoi 1 petang aku pi kenduri dengan along naik kereta cik na (kereta swift tu). pi makan sat pastu terus balik. eh sebelum tu bagi duit dulu dekat tuan rumah haha. wajib. pastu malam tengok cerekarama sat pastu kalih tengok american idol pulak. yang bestnya lazaro dengan paul jolley dapat masuk top 10. seronok sat. cerita aku hari sabtu ni tak best langsung. bosan pulak tu. alahai. rutin harian aku memang tiap tiap hari bosan.

Ahad, 7 p.m:

Nak maghrib dah tapi layan tb sat sebab ada cerita boboiboy hahahahahaha nampak sangat macam budak budak :p aku dok tergelak sorang sorang ja tengok gambar tu. mana tak tergelaknya, depa ada ujian matematik. pastu solan ujian tu yang no 3 lebih kurang macam ni

 "sebuah bas membawa 40 orang penumpang. sampai di stesen A, 12 orang naik 5 orang turun. sampai di stesen B, 8 orang naik 15 orang turun. manakala di stesen C, 10 orang naik, 13 orang turun. soalannya, berapakah umur pemandu bas itu?".

hahahaha =='. bukan main panjang punya soalan alih alih benda tu yang dia tanya. cikgu dia pun poyo gila. meluat dengar tagline dia macam mana tah. cikgu papa. aku tengok semua subjek dia ajar.



lepastu maghrib tutup tb, mandi, semayang, baca novel sat. pastu turun bawah dalam pukoi 9 malam tengok tb3 ada cerita bintang mencari bintang. lepas habis tu tengok detik 12 malam pulak. lepas habis tu kalih sat tb8 tengok tengok ada american idol. selalunya hari jumaat dengan sabtu ja. tu yang aku tak suspicious apa apa. nasib baik tangan ni tergerak nak kalih. lepas habis american idol, naik atas, buka netbook, online.


Wuahhhhhhhh mengantuk baca blog ni. bosan kan? sekurang kurangnya aku ada idea nak tweet, kau hado? hahaha sory to say. aku pun tak larat dah nak memerah otak ni. tangan lenguh habis dah. kalau ada typo kat mana mana biarkan jelah nah. malam malam cemni memang mata koi tak nampak. dok nampak katil ja.



Mengantuknyaaaa tak sedar masa cepat berlalu. sekarang dah pukoi 3.20 pagi. aku nak tidur dah. story pun dah END. okbai :* wassalam
















No comments:

Post a Comment