muzics


Friday 15 March 2013

lepas geram buat karangan





   Aku kalau boleh takmau cakap benda ni tapi buat macam mana pun, ia tetap akan terjadi juga pada 21 hb 3 ni. penentu segala-galanya hidupku selepas ini. memang seram nak gambarkan hari tu nanti dengan kata kata. semakin nak dekat result SPM keluar, semakin tak sanggup pula aku nak menghadapinya. baru lani aku rasa cuakss sikit. tapi secuak cuak aku pun, aku tak pernah la mimpi pasai result. kawan kawan aku yang mimpi pasai result tu nampak sangat nervous tunggu hari tu. agak agaknya, macam mana result tu muncul dalam bentuk mimpi? biarkan ia.....

   Dan memang aku ni 'big dreamer'. dalam kepala otak ni dah macam ada jalan raya yang bertingkat tingkat ja rasanya. kalau boleh semua benda aku nak jadi. tapi dalam aku merencana masa depan tu, mesti aku selalu fikirkan halangannya. contohnya, kalau aku jadi akauntan... aku ni dah la tak pandai akaun. dulu waktu sekolah pun ada la dua tiga kali pernah failed. rasa macam mustahil ja aku akan jadi akauntan di masa depan. dan begitu jugalah dengan yang lain lain. aku selalu fikirkan tentang halangannya. orang cakap 'dalam setiap apa yang kita tempuh, memang akan ada halangan yang akan mengikut langkah kita dan ia akan menjadikan kita lebih tahu erti tidak mudah putus asa'. so, aku cuba buang jauh jauh apa yang aku rasa.

   Sampai satu tahap tu aku rasa macam aku ni mungkin tiada apa apa yang dapat dibanggakan. rasa sedih, kecewa, menyesal semuanya bercampur menjadi satu. rasa seperti sudah tak sanggup dan penat nak menghadapi hari hari yang akan datang. terlalu banyak onak dan duri dalam setiap langkah yang aku atur. setiap langkah seperti berjalan di atas paku paku tajam yang bersepah di highway akibat lori yang membawa paku itu terbalik. fokus fokus. hurm, tarik nafas dalam dalam dan hembus. ulang tiga kali.

   Tapi ingatlah, dalam setiap langkah yang kita atur, Allah pasti ada bersama kita selalu. dan itulah yang membuatkan kita lebih bersemangat menempuh segala halangan. Allah akan terus bersama kita selagi kita percaya dan yakin dengan kuasanya. kerana tiada yang mustahil bagi-Nya. yang perlu kita buat hanyalah banyakkan berdoa kepada-Nya dan redha dengan setiap ujian yang Allah berikan kepada kita. anggaplah itu semua tanda bahawa Allah amat sayangkan kita. kerana itulah dia memberi ujiannya kepada kita semua. alhamdulillah :')

   Saya percaya dalam setiap langkah saya, pasti ada hikmah di sebaliknya. jadi tak perlulah terlalu memikirkan perkara yang negatif. kita cuma ingatkan diri selalu bahawa Allah tidak akan membiarkan hamba hamba-Nya berjalan berseorangan di dunia yang fana ini kerana dia selalu ada dekat dengan diri kita. cuma kita sebagai hamba-Nya terlalu leka dengan duniawi sehingga kadang kadang melupakan nikmat Allah. Jadi pulanglah semula di sisi-Nya itu. larilah kita dari kenyataan itu selagi kita boleh lari (SPM). apa yang perlu dilakukan sekarang ialah berdoa kepada-Nya yang baik baik saja. berserahlah segala galanya, insyaAllah :) semoga kita semua akan mendapat keputusan yang cemerlang sesuai dengan usaha kita selama ini. aamiin.


Penat dak baca karangan aku? saja ja nak lepas geram sebab lama tak tulis karangan. rasa macam nak hantar ja dekat cikgu Roshidah suruh dia check silap kat mana hahaha. rindunya dekat cikgu. selamat petang semua. END story! wassalam

 




No comments:

Post a Comment