muzics


Tuesday 9 April 2013

h e l l o ... L A N G K A W I





malas nak taip panjang panjang so...let's begin


mula mula beli tiket dekat jeti kuala perlis. harga tiket cuma RM18 ja (feri kenanga).waktu tu baru pukoi 9.45 pagi. so, terpaksa la kami menunggu selama sejam dekat tempat duduk jeti sebab feri akan bertolak pukoi 10.45. tunggu punya tunggu sampai aku naik bosan, then aku bawa keluar tablet (along punya). dok kuis kuis tab tu sambil rengau sikit sikit, tangkap gambar orang, tangkap gambar diri sendiri bla bla bla *aiieee bosan gila*. so, inilah hasil kebosanan aku tahap dewa 19







ponpon ponpon ponpon (bunyi feri bergerak). akhirnya, sampai jugak feri tu. ingatkan kena tunggu sampai sejam. cehh pukoi 10.10 pagi feri dah sampai (alhamdulillah). kami pun terkedek kedek jalan masuk dalam feri beramai ramai. aku ingat bila dah masuk tu boleh la bertolak cepat cepat (tak sabar nak sampai), tengok tengok kena tunggu sampai pukoi 10.45 baru dia bertolak. nasib baik aku duduk tepi tingkap. boleh la usha usha binatang dekat sungai tu (aku tak reti beza apa itu sungai, laut, pantai, and so on). nampak ada ikan apa tah panjang panjang, kurus kurus (kalau jadi orang mesti seksi) dengan sotong ja pun :/



aku, maktam dengan cousin aku dalam feri

tunggu sampai pukoi 10.45 tepat tepat pastu baru feri berjalan. yeayyyyyyyy (excited kononnya). mula mula air kaler koko susu pastu sampai ke tengah jadi kaler hijau tua pulak then bila nak sampai ke pulau dia bertukar jadi kaler biru. waaaaaaaa. dalam perjalanan tu terserampak la dengan bot bot nelayan. depa sporting gila. bila aku nak tangkap gambar bot depa, ada yang lambai tangan, ada yang buat piss haha.




sebelum sampai pulau langkawi tu nampak banyak pulau pulau kecil yang aku taktau nama dia. yang aku tau pulau dayang bunting ja (kenapa dayang bunting?).




pastu bila dah nampak helang besar tu haa excited nak turun pulak. siap ja depa parking feri, aku bangkit dulu hahahahaha (nampak kebohongannya di situ). jalan masuk dalam jeti pastu nampak banyak kedai kedai. maktam bagi seratus kat aku wihiiiiii. semua pakat pi cari toilet dulu apa apa pun. lalu tepi starbuck coffee nampak omputih ja banyak dekat kedai tu. depa baca buku dengan online (tak macam kita, gossip 24 jam hekhekhek).



pastu cousin aku yang laki tu pi sewa kereta iswara (sempit bhai, kami ramai).


firstly, kami pi Haji Ismail Group (HIG). pakat beli cekelat dekat situ sorang sebakul. cousin aku yang pompuan tu beli cekelat dekat RM500. gilaaaaa dua bakul penuh. nasib dia tolong beli kat kawan kawan dia. tidak aku pengsan sat kat situ tengok dia beli haish. aku beli dekat RM50 ja. dah siap beli apa semua tu kami pi cari kedai makan pulak. gilaaa semua pakat lapar kot time tu. habis makan, kami pi surau dulu nak solat zuhur. lepaihtu kami pi Beras Terbakar nak beli baju, keychain, kain batik, ahhhh semua benda la ada kat situ. macam pekan rabu la jugak cuma dia banyak jual kain.

mula mula cadang nak beli baju i love langkawi pastu tah cemna aku pi beli baju i know langkawi kaler putih. beli 4 helai RM18 ja. murahhh, sepp bajet haha. lagipun kak yang jual tu kata tulisan tu design baru. aku jumpa baju i love langkawi warna macam macam. aku ingat nak beli kat aku satu sebab kualiti kain dia elok sikit berbanding yang 4 helai RM18 tu. yang ni sehelai RM10. tapi disebabkan aku takut bajet tak cukup so aku hanya mampu tengok ja hm dih dih :'( . pastu aku beli kain batik dekat mama sehelai.


dah habis borong dekat sana, kami balik semula ke jeti. dalam perjalanan nak balik tu kami lalu dekat pesisir pantai. kira macam belah kiri ada pantai, belah kanan ada bukit. memang sejuk waktu lalu guna jalan tu. sejuk bukit (sejuk jugak mata memandang). sambil cousin aku bawa kereta tu sambil mata aku liar memandang signboard2 tepi jalan. waktu dekat simpang tiga tu, belah kanan dia tulis kolam air hangat. belah kiri pantai pasir hitam (tiba tiba teringat mirza). terus, nakpi ke jeti. aku dok ajak depa pi pantai depa takmau :/ . rasa macam !@#$%^&*. aku nakpi pantai sebab aku nak tunaikan hajat nabilah yang suruh aku ukir nama 'dia' dekat pantai :3 hikhikhik (sory nabilah, hajat hang tak kesampaian).


terpaksa bersempit sempit dalam kereta iswara ni

then, sampai jeti, bawa turun barang barang dari bonet pastu cousin aku yang perempuan tu dengan maktam aku pi beli tiket feri. aku tunggu dengan maknjang aku dekat kedai dekat dekat starbuck la jugak. cousin aku yang laki tu pulak pi bagi balik kereta sewa dekat tuan dia. selesai semua urusan, cousin aku yang perempuan tu teman aku pi dekat arca helang langkawi yang besar gedabak tu. yeayyyyy dia mau teman aku. aku dok rasa kalau takpi situ macam tak lengkap ja percutian ni. dah la takpi mana2 tempat yang best pun. setakat pi borong barang ja buat apa. nak la jugak cuci mata ni kan hekhek. (kami pi dua ja. yang lain tinggai kat jeti hahaha)




sampai sana, angin kuat gila. tudung aku tak jadi muncung elok dah. pakat senget habis. dah macam ala ala tepi pantai ja. ramai jugak orang dekat sana dok pakat ambik gambar. semua bangsa ada kat situ. melayu ada, cina ada, omputih ada, ala ala dubai pun ada. banyak jugak la gambar yang aku tangkap kat situ.



salah satu gambar dekat situ


 tiba tiba ada sorang tourist ni bangsa cina kot (cina kaw punya bukan cina kita) dia tegur aku sambil berspeaking macam ni

"can you take my photo?" *sambil hulur phone apple dia dekat aku*

"yes, sure :)" *sambil ambik phone dia yang kaler putih versi touchscreen. ada gambar apple dekat belah belakang*


dah selesai ambik gambar dia sekeping dua pastu aku bagi balik phone dia dekat dia (bm failed). dia pun cakap la dekat aku

"thanks :)"

"welcome"

cehhh konon nak bagitau speaking dengan dia padahal cakap yes, sure, welcome ja. adik aku yang umur 6 tahun pun pandai speaking onyomnyomnyom :*


pastu time nak balik jeti tu, kami singgah dekat kedai kedai hat juai keychain dengan cenderamata. cousin aku beli keychain apa tah aku pulak beli air citrus satu botol. perghhhh dahaga jalan merata.


jumpa keychain ikan buntal ni. comeiii ja. bam bam


lepastu balik jeti kaki dok rasa macam nak tercabut ja. pukoi 6 kami ada dalam feri dah nak bertolak balik.



otw ke jeti untuk coming home. gambar kabur


kami dok tengah tengah. kalini naik feri bahagia pulak. feri ni besar sikit dari feri kenanga. aku kalih belah kiri aku nampak mat salleh tiga orang. sorang perempuan, dua lelaki. ada sorang laki mat salleh tu boleh tahan hensem. waktu feri berjalan tu, depa tiga tiga pakat baca buku. gilaaaaa rajinnya depa ni. kami hat malaysia ni kerja dok bergelak gelak, bertepuk tampar, bergosip gosip. patut la depa maju.


kami sampai dekat jeti kuala perlis pukoi 7 malam. sampai rumah pukoi 8 suku lebih kurang. bagi  barang barang hat aku borong dekat depa semua, naik atas, mandi, makan, tidur. Zzzzzzzz


END story



2 comments:

  1. family ang tak pi sekali ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpi. aku sorang ja pi sebab maktam aku nak belanja aku

      Delete