muzics


Thursday 9 May 2013

barang yang perlu dibawa ke matrik



Assalamualaikum, hai...

semalam aku pi godek godek dekat internet, cari barang hat nak kena bawa pi matrik ni. buka satu blog kak ni, dia ada tulis barang barang. so, aku ingat nak share dengan hampa la. ni barang hat dia tulis. aku copycats, hewhew.



(Gegurl)
-Baju kurung/baju kebaya/jubah/abaya (Bawa banyak-banyak okay)
-Baju lengan panjang (untuk pakai bila ke kedai siswa/beriadah)
-seluar sukan/shortpants (pakai dalam bilik je la :p)
-seluar slack hitam (kadang-kadang guna untuk aktiviti rasmi)
-tshirt/ baju lengan pendek
-sweater
-inner baju/kain dalam
-baju tidur (gambar kartun pun takpe. Haha)
-skirt labuh
-blouse

Tudung/Rambut
-Tudung/selendang (pastikan anda bawak tudung warna hitam k.g warna apa pun)
-anak tudung
-pin tudung
-Sikat
-sepit rambut
-cekak
-getah rambut

Kaki
-Kasut Sukan
-selipar jamban/jepun
-kasut untuk ke kuliah (warna gelap sahaja)
-stoking

(Boboi)
-baju kemeja (pastikan bawa banyak)
-baju melayu/sampin (untuk dipakai ketika hari jumaat)
-boxer korang tu. Haha
-tshirt
-kopiah/songkok
-seluar slack

Kaki
-Kasut sukan
-Kasut ke kuliah (warna gelap sahaja)
-selipar

Penjagaan Diri
-Sabun Mandi
-shampoo
-Pencuci muka
-ubat gigi/berus gigi
-Bedak
-Deoderent
-Losyen
-Alat solek (gegurl sahaja)
-minyak wangi (wajib!)
-minyak rambut
-pengetip kuku/earbuds/sikat
-jam tangan

Laundry
-Hanger
-Pengepit baju (kalau boleh yang besar sikit saiznya)
-Sabun basuh (Jenama Top, breeze,dynamo atau lain-lain...kalau nak senang pakai yang cecair punya)
-bakul baju kotor/bersih
-Baldi
-Gayung
-Berus
-Bakul kecil untuk letak shampoo, ubat gigi dll.
-Tuala
-Kain Batik/Kain Pelikat

Alat Tulis
-Testpad (Sangat penting)
- Kalkulator (penting)
-Buku nota
-Pen/Pensel
-Pemadam/ Liqiud paper
-Pembaris pendek dan panjang
-Selotep (untuk bunuh charlie :P)
-Stepler/ubat stepler
-A4 Paper (penting bila buat experiment biology)
-Penebuk lubang/ring
-Highlighter (Penting untuk lecture note)
-Gunting
-Fail untuk letak kertas/lecture note
-pembalut buku/pembalut hadiah (untuk hias papan belajar anda)
-Gam
-Gunting
-Klip kertas

Bilik:
-Cadar/Sarung Bantal (nak gambar kartun pun boleh)
-Selimut
-Bantal peluk
-Bantal busuk
-Bantal extra ( bantal kmPk tak best)
-Alas kaki
-Tong sampah kecil
-Jam loceng
-Cermin kecil (untuk makeup :P)
-Kunci Mangga (nanti ada yg dapat almari pakai selak sahaja)
-Kalendar
-Jarum/Benang
-Pewangi Loker (Ambipur)
-Kalendar
-Ubat nyamuk
-Ubat gegat

Solat
-Sejadah
-Yassin/Al-Quran
-Telekung

Untuk perut:
-Stok makanan yang banyak (maggi,biskut...)
-Pinggan/mangkuk
-Thermos
-Botol air
-Mug/cawan plastik
-Sudu/garfu
-Bekas kedap udara/tupperware
-Air mineral botol besar

Gadget
-Handphone
-Earphone/headphone
-Laptop
-Charger Hp/Laptop
-Kamera digital/DSLR
-Pendrive
-radio kecil/mp3 player

Kalau sakit:
-panadol/panadol soluble
-eno halia
-minyak angin
-eyemo
-vix
-minyak gamat
-plaster
-ubat-ubatan (ubat demam,selsema, dll...)

Dokumen:
-Borang-borang yang matrikulasi kata wajib bawa
-Salinan I/c atau surat beranak

Tak Wajib (Kalau nak bawak, bawaklah)
-meja kecil (senang untuk hampa buat kerja dalam keadaan bersila)
-kain buruk

Dilarang bawa:
-seterika
-cerek elektrik
-rice cooker
-kipas
-extension plug
-rokok
-lighter

Tapi kalau hampa nak bawak pun boleh ja, tapi pandai-pandai la. Sorok la dalam loker ke.
Sebab nanti dia akan buat spotcheck mengejut. Hee.
Dan kadang-kadang satu aras boleh kena blackout sebab penggunaan elektrik yang melebihi had.
Haa, kami dah selalu kena :(
Ada sekali tu handphone tak boleh cas, sebab tu laa. Terpaksa pergi bilik kawan mintak tolong caskan. Wuu. 


akhir kata, selamat study hard and study smart. okbye :*






No comments:

Post a Comment