muzics


Saturday 23 March 2013

jalan jalan. ronda ronda. rehatkan minda.



   Tadi usha belog abang hensem ni AizatAbd. dan baca sampai dekat cerita 'dore' tu. first time kot baca belog dia. cara dia tulis tu macam comei ja. eh puji lebih pulak hahaha. lepas habis baca tu rasa macam sampai seru nak update belog. wihihii mengada ja. cuba hampa pi baca belog dia tengok...best!

  
"Pandang langit yang gelap gelita. malam ni takda bintang yang menemani aku seperti selalu"


   Paksa juga diri untuk update belog. lama tak update rasa cena taktau. sesak nafas la jugak. eh hari sesak nafas sedunia dah berakhir. alhamdulillah. lega yang amat. hm nak cerita apa eh? lepas dapat result haritu aku tak keluar lagi rumah. sampai la harini aku pecah rekod tak keluar rumah sehari. cehhhhh sehari ja wey. menyampahnya hampa. sebelum keluar result pun aku jarang keluar rumah. cuba untuk mengurung diri di dalam rumah. ada apa la yang best sangat dunia luar tu. hurm


   Lepas dah bersiap apa semua, turun bawah masuk dalam kereta terus. mama dok tunggu kami semua besiap lama dah. dan aku orang yang terakhir siap. padahal bukan buat apa pun. sapu bedak sikit ja. aku memang suka buat buat lambat ni. biar depa tunggu aku seperti mem besar dalam rumah ni wahahaha kejamnya. destinasi pertama yang kami pergi ialah rumah kenduri kawan kak aku. maksu dia kahwin. makeup dekat kedai mama. nampak dak ada kaitan? dah sampai tu, aku dengan segak berbaju kurung pun turun la. takkan nak tunggu orang jemput turun kereta pulak kan. k tak lawak. jangan pura pura gelak. krik krik krik. pastu pi salam tuan rumah dengan kakak 'iha'. aku dok usha ja muka mak kak iha. macam pernah nampak. yess aku ingat dah. mak dia pembantu makmal kat sekolah bbd rupanya. hm nampaknya ingatan aku masih bagus. bagi cekelat sebiji.

   Makanan dia sedap. semua sedap. air pula depa pelbagaikan. padahal guna satu jenis ja. air teh. teh bunga ada teh limau pun ada. semuanya berasaskan teh. sambil makan sambil sembang dengan kak iha. lepas dah kenyang perut ni, kami pun minta diri untuk pulang dulu. orang pun meluat kalau dok lama lama. nak duduk takda tempat katanye...cehh aku main reka ja cakap macam tu. lepas salam semua, masuk kereta, mama pun vrom vrom vrommm. dah macam bunyi motor ja. bukan datang dengan kereta ka tadi? so, kita ke destinasi seterusnya.


   Mama singgah kedai Ridzuan Harun Boutique ka Ridzuan Harun Bridal tah. takpa, lupakan. tak penting. kedai tu dekat Kepala Batas ja. aku usha baju pengantin kat sana sambil tunggu mama bersembang dengan kawan dia pasal baju pengantin ni. aku takmau serabutkan kepala aku dengan pi curi curi dengar apa yang depa sembangkan. 15 minit kemudian.


mama : "dah, jom balik"

me : "finally" cakap dalam hati ja


   Kemudian mama tala kereta pi ke Alor Star. nak cari kain buat baju pengantin. macam biasa la kalau mama nak cari kain pengantin mesti mama pi dekat Butik Nurrich kedai kawan mama. lalu depan kedai tu pastu tengok tengok tutup. siap ada nota lagi pelekat dekat pintu butik tu.


'kedai ditutup sempena cuti sekolah bermula pada 23 mac - 26 mac'


   Dengan muka kecewa kami semua then blah cepat cepat dari situ. pastu mama decide pergi beli kain dekat Kamdar ja. sampai sana, aku dengan sarah turun ikut mama. along dengan samer duduk diam diam dalam kereta buat jaga kereta. padan muka. sambil tunggu mama pilih kain tu, aku main la kejar kejar dengan sarah. buat apa bina bangunan besar besar kalau tak reti nak manfaatkan betul tak? punya la susah nak kejar sarah. dia tu dah la kecik. lindung dengan kain yang dua kali ganda tinggi daripada dia. aku pun buat la tengkuk panjang ala ala zirafah gitu untuk memudahkan misi mencari sarah. lepas penat main mama pun siap beli belah. bayar pastu masuk dalam kereta. teruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.


   Dalam perjalanan tu, mama ada tanya aku.


"ika lapar dak? kalau lapar jom kita pi makan dulu"


   Sayangnya mama dekat aku. tanya aku sorang ja pulak tu. hahaha. mau tak sayang, dapat buat dia bangga dengan diri aku kononnya. lupakan. aku ni bukannya lurus sangat. walaupun perut ni takda la lapar tera mana pun, aku cakap ja lapar. bab makan memang aku tak tolak. bak kata pepatah 'rezeki yang datang jangan ditolak'. pastu along cadangkan kami pi makan dekat kedai yang kena duduk bersila tu. tepi Mahani Johari dekat Jitra. mama pun on ja. bawa kereta laju laju. tingkatkan kelajuan ke 120 km/j. kalau kena saman naya ja. haish.


   Sampai dekat sana, buka kasut, duduk, bersimpuh. cehhh aku bukan nak buat ayu dekat situ nah. aku dari kecik lagi kalau nak duduk aku duduk bersimpuh. kalau bersila satgi senang kebas. order makanan, tinjau sekeliling, kalih belakang, tengok tengok ada Nadia dengan Nordi belakang aku. dan la sambil tunggu makanan sampai kami sembang sembang dulu. potpet potpet potpet 5 minit pastu makanan pun sampai. tunggu apa lagi. makan dulu, cerita sambung lain. makanan didahulukan. sambil makan tu kami tangkap gambar ramai ramai guna tab along.  



jerawat abaikan. belakang tu kepala nadia ka nordi taktau hahaa





muka meluat sebab sarah tak bagi makan aiskrim tapai sikit


   Lepastu dalam 15 minit nadia dengan nordi bangun nak balik. depa dua salam keluarga aku. wahhhh anak dara yang sopan nampaknya ni. boleh tercalon dalam menantu pilihan. lai lai lai sapa berkenan mai aku nak rekomenkan. pastu dok sat kami pun angkat badan nak balik. pastu kami pun sampai rumah. pastu habis dah la cerita pengembaraan kami.


END story! babai semua. muahhh sikit :* wassalam :)





No comments:

Post a Comment